Aspek keselamatan ketika bersenam perlu diberikan perhatian kerana hal ini dapat mengurangkan risiko kecederaan. Sebagai langkah keselamatan, kita seharusnya:
- Memakai pakaian dan menggunakan peralatan yang sesuai dengan aktiviti yang hendak dilakukan.
- Mengambil kadar nadi sebelum, semasa, dan selepas bersenam.
- Melakukan aktiviti memanaskan badan dan regangan terlebih dahulu.
- Selepas bersenam, lakukan aktiviti menyejukkan badan yang dapat menurunkan kadar nadi kepada asal.