![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhNaJNlY58Tw4HEXmyxsFwcqwHw7A_3UcTpZy9hFVWWUJylm3buzfHMjNGmyNIsuaxaJHOMa__7zfjGGR-IQs3j8sSdad3F20vTf7R7FewXQdTJLZbGsTLLpNNGwz9vAF8DVtmqDDdMfO4/s320/heart.bmp)
Daya tahan kardiovaskular atau daya tahan kardiorespiratori ialah keupayaan jantung, saluran darah dan sistemrespiratori untuk membekal oksigen kepada otot secara berterusan pada jangka masa yang lama semasa melakukan aktiviti fizikal yang berintensi rendah atau sederhana.
Sistem kardiovaskular terdiri daripada jantung dan salur darah. Keupayaan jantung boleh ditingkatkan supaya boleh membekalkan darah yang banyak ke seluruh tubuh.
Selepas menjalankan latihan untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular, beberapa perubahan akan berlaku terhadap keadaan fizikal kita. Antara perubahan fizikal tersebut ialah, pertambahan saiz ruang jantung, pertambahan ketebalan dinding jantung, pertambahan keanjalan otot jantung, dan pertambahan jaringan kapilari darah di otot.

No comments:
Post a Comment